Ini kira macam "entry" pertama aku lar. Dah lama gila nak cuba “berblogging” tapi bukan kerana aku ni seorang yang sibuk gila tapi sebenarnya lebih kepada sifat pemalas aku yang suka "melangok" depan tv daripada melayari internet…huhuhu. Tapi ye lah kan manusia boleh berubah, jadi aku rasa sudah tiba masa nya untuk melakukan perubahan tersebut (memang xboleh blah lar ayat aku nih...hahahaah)
p/s melangok = menonton tv sambil berbaring
sebelum apa2 terjadi, baik korang semua bersedia dari segi mental, rohani, fizikal & sebagainya. Kali ini entry sangat panjang (almklum baru pertama kali jadi “meroyan” sikit nak menulis) sebab mungkin entry yang pertama ni akan menjadi ala2 buku teks sejarah tingakatan 3....huhuhu
amaran : SILA SEDIAKAN PLASTIK ATAUPON BESEN YANG BESAR JIKA DENGAN MEMBACA ENTRY INI ANDA SEMUA AKAN MUNTAH DENGAN SENGAJA (nasib bukan bulan puasa..hikhik)
kadang2 jadi manusia ni susah juga, bila cantik sering dikatakan tidak bersyukur sebab menunjuk2 kecantikan dengan memakai pakaian yang seksi atau mahal berjenama tidak kurang juga dengan mengena mekap yang tebal (yang akhir sekali boleh ditujukan pada saya sebab bekas jerawat yg sangat banyak menyebabkan aku terpaksa "make up" tebal dari artis ...huahuahua). Sedangkan bagi pendapat hamba pacal yang hina (apa pasal aku tiba2 jadi macam ala2 zaman kesultanan melaka ni...hikhik) mungkin mereka yang tergolong dalam golongan yang ini mengangap kecantikan haruslah di tonjolkan bagi melahirkan rasa keyakinan dalam diri masing2. ataupun apabila berkeadaan seperti itu (Bahasa Melayu aku masa Sijil Pelajaran Malaysia berjaya mendapat A1...sila jangan bersangka buruk terhadap aku seorang yang berlagak pandai sebab article ini agak poyo bahasa Melayu nya ...menangis cikgu aku kalau baca blog ni & mesti menyesal bagi A1 kat aku dulu...huhuhu...bersama2 kita martabatkan Bahasa Melayu di tahap dunia...realiti nya aku ni memang seorang yang susah hendak menguasai bahasa lain..."poor me"...opppsss..kasihan aku) sambung balik baca selepas lima perkataan selepas noktah....bagi berkongsi kecantikan mereka melalui apa yang mereka pakai, apa mereka guna & sebagainya.
walaupun aku bukan tergolong dari golongan di atas, tapi aku sering menghadapi masalah ini mungkin kerana AKU SEORANG YANG GEMUK & KURANG CANTIK (tidak mahu mengaku yang aku ni sebenarnya memang tidak cantik bukan apa aku tidak mahu dikatakan tidak bersyukur pada Yang Esa pula jadi rasanya perkataan KURANG itu lebih baik ...mode ustazah on...). berbalik pada masalah yang sering aku hadapi, segala apa yang aku pakai & gunakan akan menjadi samada pujian tidak kurang pula kutukan (lagi banyak kutukan lar dari pujian "of course"...). salah kah seorang yang gedempol macam aku ingin berfesyen seperti orang kurus (dalam kamus ada tak ayat gedempol???hamtam saja lah labu). aku juga ingin tampil cantik bila berpakaian walaupun pakaian aku miliki agak terhad dek kerana kegemukan ini...hahhahaha( tiba2 rasa nak gelak janda...)
cantik salah tak cantik pun salah jugak sebab meluat orang tengok muka aku yang macam orang gaji jaga 10orang anak tuan nya...huhuhu..tapi setiap kali aku bermekap tebal & berpakaian ala2 budak 18tahun selalu di pandang serong oleh masyarakat ...p/s tapi rasa nya tidak lar seteruk tuh kot...ayat di “pandang serong” terlalu ekstrem kot...tp realiti nya ramai sangat yang menegur aku bermekap...kenapa yer???salah kah???oleh kerana amatlah susah ingin menutup mulut manusia ni, jadi nya aku lebih suka buat bodoh jerk aka wat muka toye...habis cerita...:D
pernah salah seorang dari kawan lelaki berkata, “AKU LEBIH SUKA TENGOK POMPUAN YANG NATURAL JERK MUKA, XPAYAH MAKE UP TEBAL DH NAMPAK KE AYUAN NYA, KALAU MAKEUP TEBAL XDA LAR LAWA MANE PUN” ....p/s hampeh betul nak perli aku depan2 ...kuang asam geduak...aku pun dengan selamba badak nya bertanya...”YE KER...ABES SITI NURHALIZA & ERRA FAZIRA TUH KO XSUKA TGK KER????? DLM TIBI TNTU2 NYER ARTIS TUH BERMEKAP…JADAH NYER NATURAL…NAK TGK LEBAM MATA KER…HAHAHAHA” terus terdiam sebab MEMANG LELAKI SUKA TENGOK WANITA CANTIK .....
Yerrr... kita/semua orang suka sesuatu yang cantik, Itu realiti. Kadang2 aku pun ader masalah nak cari baju yang sesuai.. sbb?? sbb tak percaya pd diri sendiri.
ReplyDeletetuh lah..tp kalo kite berfesyen cikit byk ler plak yg kata over...tuh yg slalu wat kite rase rendah diri kot...
ReplyDeleteok la tu..put a smile on your face and wear a confidence deep in your heart..nahh!! u are beautiful enuff : )
ReplyDeleteyan, yana rasa yan cantik inside out! abaikan apa yg org kata..as long as u feel confident in your own skin, in your own way..people won't understand!and it is IMPOSSIBLE to satisfy everyone..yang penting hati yang baik n jiwa yg suci murni..cewahhh..
ReplyDeleteto me, a woman with self-confidence is BEAUTIFUL..she doesn't have to be drop dead gorgeous, but with confidence comes beauty..betul tak? kalau cantik mana skalipon tp x confident, xde maknanya..
:)
keep up the good work
~Yana~