Ni soalan ke ?? soalan lar xkan ayat penyata pulak...(gaya cikgu Bahasa Melayu sudah menular dalam jiwaku...”pooorah”...)
yakin ni maksud nya “confident” ...hahahahah...kan sama je tu..tapi berapa ramai wanita2 yang berkeyakinan tinggi ??? p/s bukan perasan cantik ok... rasa nya 50-50 kot ...50% yakin, 50% tidak yakin, 5% terlebih yakin....alamak terlebih dari 100% la pulak (lantak lah...asal de angka sudah...huhuhu) sebab aku sendiri tergolong dalam golongan “level confident” sangat rendah. Nak tahu kenapa ??? aku ada sebab tersendiri sebenar nya...rasa nya sangat munasabah untuk aku rasa sedemikian rupa. SEBAB AKU MEMILIKI BADAN YANG TERLEBIH SIKIT DAGING NYA DARI WANITA NORMAL...(gelak janda lagi..hahahaha) & PARUT PADA DAHI AKU...sobsob...mood sedih on. Tapi aku masih lagi bersyukur la juga, masih normal dari orang yang cedera teruk muka nya sebab kemalangan, kena simbah asid & etc. Bila berfikiran macam tu lah, aku rasa aku kena YAKIN & SAYANG DENGAN DIRI SENDIRI tak kisah lar badan gemuk, muka xcantik (de aku kisah...huhuhu) tapi paling penting kena pandai mengenakan sesuatu yang boleh membuat kan kita akan lebih yakin. Apa yang boleh buat kita yakin??? Memiliki nama nur yakin??? Hoho... Baca senarai di bawah untuk mengetahui apa yang buat aku rasa yakin:
- Mengenakan solekan pada muka aku yang agak hodoh sikit ni memang akan membuat kan aku rasa macam “princess” ...huhuhu..auuuwww...(muka sedang blushing ketika menulis ayat ini) ramai yang kata aku “make up” tebal sangat...tapi entah lah sebab cantik ini subjektif kan. Bagi aku, bersolek kena sesuai dengan keadaan kulit kita & muka kita. Sebagai contoh, muka aku ni agak banyak jerawat (bila tiba waktu “uzur” la..hikhik) sekaligus meninggalkan kesan yang agak menyakitkan mata aku & orang ramai ...hahahaha ...parut kekal yang ada pada muka pun menyebabkan aku lebih senang bermake up bagi mengurangkan kejelasan parut tu... jadi aku tiada pilihan selain memakai “make up” tebal sedikit dari “make up natural”. Sebab sangat la tidak selesa bila pakai “make up” tapi jerawat jelas kelihatan (kecuali jerawat batu kot...susah juga nak “cover”). Tetapi bagi mereka yang berkulit mulus, bersih, gebu & sebagai nya mungkin hanya perlu mengena solekan yang nipis untuk kelihatan “gojes”. Bagi golongan ini sangat2 beruntung kerana tidak perlu mengeluarkan “ongkos” yang banyak seperti aku (kenapa tiba2 aku cakap indon ni sebab bedak “compact” aku gunakan jenama “pixy” dari indon...kalo “refill” hanya rm10 ...huhuhu...tentu kamu semua dapat bayangkan betapa bersuka ria aku menggunakan nya...hahaahha)
- Mengenakan kasut tinggi/warna terang,. Dalam konsep kasut ni tidak semesti nya kena pakai “high heel” kadang2 tu aku pkai “flat” & selipar jer...huhuhu...tapi kalo boleh jangan la pkai selipar jepun “huduh” pulak. Bagi tampil yakin mengena kasut2 sedemikian yang paling penting bukan jenama sahaja, ia lebih kepada keselesaan, cantik, comel, menarik & mungkin mengikut trend masa kini. Tapi aku dah 2 bulan xpakai “heels” ataupun “flat” akibat virus yang menyerang darah menyebabkan sendi sakit2. bahagian yang paling sakit...KAKI....ala2 tempang ...xkan nak pkai segala “jadah” tu...hikhik...jadi nya pakai selipar sahaja sudah...
- Mengenakan pakaian mengikut trend terkini. Aku memang suka gila mcm nak gila di buat nya baca masalah macam Intrend, Eh, Cosmopolitan, Glam, Cleo, Female. Semua majalah2 ini memang wajib aku beli setiap bulan (kongsi beli dengan my BFF liza...huhuhu...jimat duit aku...) walaupun kadang2 setiap kali aku baca 2 “page” aku tido...hahahahha...melalui majalah fesyen kita boleh melihat trend2 masa kini & tips untuk bergaya. Banyak sangat info yang kita boleh dapat. Selain tu aku suka menonton Channel E – astro, memang muntah2 la tengok fesyen2 artis barat. “SUPERB”....bila dah memakai tudung ni memang tidak dinafikan pakaian agak terhad kerana harus lah mengikut terma2 adab bertudung. Walaubagaimanapun, masih ada ruang bagi wanita bertudung seperti aku serta wanita2 di luar sana berfesyen sebab sekarang pun banyak pereka fesyen mahupun butik2 yang menawarkan fesyen muslimah yang menarik serta elegan. Bagi mendapat idea tentang fesyen ni aku akan “window shopping” kerana ia banyak membantu. APA LAGI TERUS PERGI SUNWAY PIRAMID LAR KOT....huhuhu....antara tempat2 yang biasa aku pergi seperti “FOREVER 21” walaupun agak terhad dari size nya tapi terpaksa la aku kena cari betul2 baru jumpa yang sesuai, “DOROTY PERKINS” dekat sini rasanya memang xda masalah dari segi size sebab terdapat sehingga size 18UK..hohoho...aku la paling gembira...cuma harga nya tidak begitu murah & tidak begitu mahal....paling penting sekali pandai memilih fesyen yang sesuai bagi kita yang bertudung serta bagi mereka yang berbadan agak besar seperti saya, seluar jeans memang tidak pernah beli di tempat lain hanya disini sahaja kerana size serta potongan yang cantik & menarik “JESSABELLAPLUZSIZESTEALZ.BLOGSPOT” yang ini kedai “online” yang selalu aku jenguk bila bajet xda tapi nafsu serakah nak “menyoping” tu membuak2 dalam jiwa aku ni. Nama pun “pluzsizes” kan tentu nya terdapat size yang sesuai bagi mereka bersaiz “plus” ni. Aku ada tips membeli baju di sini jika kamu semua tidak pasti dengan saiz yang di nyatakan..ukur awal2 size dada, pinggang serta pinggul, ini bagi memudahkan kita mengangarkan saiz baju yang ingin dibeli kerana setiap pakaian yang di paparkan terdapat saiz ukuran bahagian2 tersebut. Jadi xda la rasa tertipu jika sekali dapat xmuat...(jangan nak salahkan “tauke” pulak....huhuhu)
- Mengenakan hijab/tudung/selendang yang menarik berserta “accessories”....huhuhu...yang ini memang sangat ramai xberani nak mencuba bagi mereka yang bertudung. Yelah kadang2 ia boleh menampakkan kite ni “over” & “poyo” tapi ia lebih kepada menampak keyakinan diri daripada sikap2 tersebut (kadang2 memang ter”poyo” cikit..) sekarang ini sangat banyak fesyen2 tudung & cara bertudung yang sangat2 cantik, menarik...tapi kena rajin tengok dekat majalah ataupun internet. Sesetengah kedai online tudung & shawls juga memberi info serta panduan dalam mengena fesyen bertudung yang terbaru. Jadi kena la berani mencuba...SELAMAT MENCUBA .....
- PALING UTAMA SEKALI, MACAM MANA PUN RUPA BENTUK BADAN, RUPA ATAUPUN DIRI KITA anggaplah anugerah Yang Maha Esa paling berharga. Setiap orang ada kelemahan & kelebihan yang tersendiri. SAYANGI LAH & CINTAILAH DIRI SENDIRI.....huhu..ala penceramah bebas gitu
p/s : “hamboi” bukan main lagi menulis blog panjang lebar, bila suruh jawab soalan “exam” satu muka surat susah nak penuh ...kalau penuh confirm hasil nukilan orang lain aku ambil...huhu...sshhhh....
good info..tp lawak gak..harusla high heels di selang selikan dgn flats yg gojess yg ada di market skrg..tp ada ke patut DP wat flats smpai saiz 6 je..chet sungguh..
ReplyDelete