Monday, December 13, 2010

ADA APA DENGAN CINTA

Bercakap soal cinta ni, ramai yang buat spekulasi entah "haper2" terhadap aku. Hanya kerana aku xda "boyfriend", RAMAI YANG MENGATAKAN AKU NI XNAK KAWIN.... aku pun sangat xpaham apa yang mereka di luar sana nak suruh aku buat supaya boleh buat mereka2 puas hati. Adakah mereka ingin aku ??

1. mencari bf dengan mengiklan kan diri dalam mudah.my, facebook, the star & sebagai nya ..dah mcm barang pun ada ni almaklum badan dah macam peti ais 2 pintu..huahua..

2. menjadikan semua yang "mengorat" (walaupun jumlah nya boleh dikira mengunakan jari kaki=jumlah yang terlalu sedikit) sebagai “steady bf” aku termasuk warga asing seperti indonesia & bangladesh yang setiap kali aku ke "site" pandang macam makan je gaya nya.

3. mendedahkan tubuh badan ku dikhalayak ramai serta membuat jualan lelong ataupun jualan “YES”....mesti ramai yang pengsan, muntah dengan sengaja ataupun tidak, buta secara tiba2...hahahahaha....

INGAT NAK CARI BAKAL SUAMI ???? MACAM NAK CARI IKAN DEKAT PASAR....NAK CARI IKAN PUN SUSAH MASIH KENE PILIH2 ...NNTI DAPAT YANG BUSUK, MATA MERAH, XSEGAR & MCM LAH.....INI PULA NAK CARI PASANGAN SEUMUR HIDUP...PAYAH2 ...


Percintaan & perkahwinan itu adalah impian setiap manusia. Rasa nya tiada siapa pun nak keseorangan tapi sebenar nya percintaan tuh lebih dalam maksud nya kalau kita paham sepenuh nya. Bukan hanya bercinta sesama manusia bagi menjadikan pasangan hidup tapi cinta juga perlu terhadap Yang Maha Esa sudah pasti kekal nya, keluarga, kawan & sebagai nya cuma ia berbeza pada setiap yang di cintai. Kadang2 kita terlupa tentang orang lain di sekeliling kita untuk di cintai kerana kita hanya memandang cinta tu khusus untuk pasangan hidup sahaja. Bagi aku perancangan Allah dalam mengatur hidup aku adalah terbaik. Ia menjadikan aku anak yang berguna serta sentiasa dalam keadaan tidak puas dalam memberi kebahagian kepada kedua ibubapa aku (aik dah macam ayat novel ataupun teks ucapan ustazah plak...hahahaha). Kerana Allah S.W.T telah mengatur kan bahawa kau belum lagi berjumpa pasangan untuk dicintai (suami) sekaligus membuat kan aku amat mencintai seluruh keluarga aku seperti mencintai diri ku sendiri. INI PUN SUDAH MEMBUAT KAN AKU SUNGGUH BAHAGIA .....


Dalam umur aku dah pun mencecah 27tahun (gaya macam umur dah 50tahun je) walaupun aku belum berkeluarga seperti kawan2 yang lain tapi aku masih bersyukur walaupun jodoh agak lambat sekurang2 memberi peluang untuk aku berbakti pada ibu bapa & diri sendiri. Ramai yang kata aku xkahwin lagi sebab terlalu sibuk mencari duit (macam lah sekarang ni aku dh jadi ala2 Linda Onn jerk...kaya raya...duduk rumah goyang kaki) sedangkan aku macam biasa berkerja sepenuh masa sebagai Jurukur Bahan, separuh masa sebagai “baker”, penjual tudung & kanta lekap serta jurukur bahan sambilan. Kadang2 memang masa tu macam “jeles” gila je dengan aku tapi xde lah sampai aku xmakan, xmandi, xbasuh baju, xjalan2 “soping”, xtgk wayang (semua yang x tu makna nya aku buat selalu la..huhuhu) makna nya aku masih ada masa. P/S macam lar aku buat bisnes besar sangat...huhuhu...malah minggu lepas je setiap hari pergi tengok wayang ..pe kejadah nya sibuk...


WALAU APA PUN ORANG DI LUAR SANA BERCERITA, BERGOSIP, MENGUMPAT & SEBAGAI NYA...SAYA DI SINI INGIN MENEGASKAN BAHAWA “JODOH PERTEMUAN REZEKI SEMUA NYA KETENTUAN SERTA RAHSIA ALLAH S.W.T YANG LANGSUNG KITA SEBAGAI MANUSIA TIDAK SAMA SEKALI MENGETAHUI......

 
SEKIAN TERIMA KASIH

P/S sori lah entri kali ini macam ciplak dari novel or buku motivasi je tapi jujur memang hasil nukilan aku ni...hikhik

Thursday, December 9, 2010

WANITA PERLU CANTIK & BERWANG

Entry ni gara2 membaca secara free majalah NONA keluaran disember di MPH bookstore. Ayat dari selebriti malaysia Erra Fazira. Perkara pertama dalam kepala otak ni "betul gaks kalo xcntik susah gak…nak cari jodoh susah, nak cari mkn susah (auww mcm aku keje GRO jerk) mcm2 ler susah. Kalo xde duit pon ssh gak…nak jadi cantik pon susah, nak makan pon susah, nak beli baju & kasut sbb nak melawa pon susah".  


Entah lah tapi sekarang aku rasa hidup perlu materialistik. Materialistik banyak cara & gaya, sebagai contoh melawa sampai tahap model terkemuka di dunia …pasang matlamat untuk mengoda orang kaya kat Malaysia, Asia ataupun dunia….poww (ni bunyi letupan tau) terus jadi orang kaya yang boleh goyang kaki. Tapi ada ke hidup sangat mudah macam tu??


p/s : mesti ramai yang manarik nafas lega sebab entry kali ini “kontot” giler...ahhahah

Sunday, December 5, 2010

APA BUAT ANDA YAKIN ????

Ni soalan ke ?? soalan lar xkan ayat penyata pulak...(gaya cikgu Bahasa Melayu sudah menular dalam jiwaku...”pooorah”...)

yakin ni maksud nya “confident” ...hahahahah...kan sama je tu..tapi berapa ramai wanita2 yang berkeyakinan tinggi ??? p/s bukan perasan cantik ok... rasa nya 50-50 kot ...50% yakin, 50% tidak yakin, 5% terlebih yakin....alamak terlebih dari 100% la pulak (lantak lah...asal de angka sudah...huhuhu) sebab aku sendiri tergolong dalam golongan “level confident sangat rendah. Nak tahu kenapa ??? aku ada sebab tersendiri sebenar nya...rasa nya sangat munasabah untuk aku rasa sedemikian rupa. SEBAB AKU MEMILIKI BADAN YANG TERLEBIH SIKIT DAGING NYA DARI WANITA NORMAL...(gelak janda lagi..hahahaha) &  PARUT PADA DAHI AKU...sobsob...mood sedih on. Tapi aku masih lagi bersyukur la juga, masih normal dari orang yang cedera teruk muka nya sebab kemalangan, kena simbah asid & etc. Bila berfikiran macam tu lah, aku rasa aku kena YAKIN & SAYANG DENGAN DIRI SENDIRI tak kisah lar badan gemuk, muka xcantik (de aku kisah...huhuhu) tapi paling penting kena pandai mengenakan sesuatu yang boleh membuat kan kita akan lebih yakin. Apa yang boleh buat kita yakin??? Memiliki nama nur yakin??? Hoho... Baca senarai di bawah untuk mengetahui apa yang buat aku rasa yakin:

  1. Mengenakan solekan pada muka aku yang agak hodoh sikit ni memang akan membuat kan aku rasa macam “princess” ...huhuhu..auuuwww...(muka sedang blushing ketika menulis ayat ini) ramai yang kata aku “make up” tebal sangat...tapi entah lah sebab cantik ini subjektif kan. Bagi aku, bersolek kena sesuai dengan keadaan kulit kita & muka kita. Sebagai contoh, muka aku ni agak banyak jerawat (bila tiba waktu “uzur” la..hikhik) sekaligus meninggalkan kesan yang agak menyakitkan mata aku & orang ramai ...hahahaha ...parut kekal yang ada pada muka pun menyebabkan aku lebih senang bermake up bagi mengurangkan kejelasan parut tu... jadi aku tiada pilihan selain memakai “make up” tebal sedikit dari “make up natural”. Sebab sangat la tidak selesa bila pakai “make up” tapi jerawat jelas kelihatan (kecuali jerawat batu kot...susah juga nak “cover”). Tetapi bagi mereka yang berkulit mulus, bersih, gebu & sebagai nya mungkin hanya perlu mengena solekan yang nipis untuk kelihatan “gojes”. Bagi golongan ini sangat2 beruntung kerana tidak perlu mengeluarkan “ongkos” yang banyak seperti aku (kenapa tiba2 aku cakap indon ni sebab bedak “compact” aku gunakan jenama “pixy” dari indon...kalo “refill” hanya rm10 ...huhuhu...tentu kamu semua dapat bayangkan betapa bersuka ria aku menggunakan nya...hahaahha)

  1. Mengenakan kasut tinggi/warna terang,. Dalam konsep kasut ni tidak semesti nya kena pakai “high heel” kadang2 tu aku pkai “flat” & selipar jer...huhuhu...tapi kalo boleh jangan la pkai selipar jepun “huduh” pulak. Bagi tampil yakin mengena kasut2 sedemikian yang paling penting bukan jenama sahaja, ia lebih kepada keselesaan, cantik, comel, menarik & mungkin mengikut trend masa kini. Tapi aku dah 2 bulan xpakai “heels” ataupun “flat” akibat virus yang menyerang darah menyebabkan sendi sakit2. bahagian yang paling sakit...KAKI....ala2 tempang ...xkan nak pkai segala “jadah” tu...hikhik...jadi nya pakai selipar sahaja sudah...

  1. Mengenakan pakaian mengikut trend terkini. Aku memang suka gila mcm nak gila di buat nya baca masalah macam Intrend, Eh, Cosmopolitan, Glam, Cleo, Female. Semua majalah2 ini memang wajib aku beli setiap bulan (kongsi beli dengan my BFF liza...huhuhu...jimat duit aku...) walaupun kadang2 setiap kali aku baca 2 “page” aku tido...hahahahha...melalui majalah fesyen kita boleh melihat trend2 masa kini & tips untuk bergaya. Banyak sangat info yang kita boleh dapat. Selain tu aku suka menonton Channel E – astro, memang muntah2 la tengok fesyen2 artis barat. “SUPERB”....bila dah memakai tudung ni memang tidak dinafikan pakaian agak terhad kerana harus lah mengikut terma2 adab bertudung. Walaubagaimanapun, masih ada ruang bagi wanita bertudung seperti aku serta wanita2 di luar sana berfesyen sebab sekarang pun banyak pereka fesyen mahupun butik2 yang menawarkan fesyen muslimah yang menarik serta elegan. Bagi mendapat idea tentang fesyen ni aku akan “window shopping” kerana ia banyak membantu. APA LAGI TERUS PERGI SUNWAY PIRAMID LAR KOT....huhuhu....antara tempat2 yang biasa aku pergi seperti “FOREVER 21” walaupun agak terhad dari size nya tapi terpaksa la aku kena cari betul2 baru jumpa yang sesuai, “DOROTY PERKINS” dekat sini rasanya memang xda masalah dari segi size sebab terdapat sehingga size 18UK..hohoho...aku la paling gembira...cuma harga nya tidak begitu  murah & tidak begitu mahal....paling penting sekali pandai memilih fesyen yang sesuai bagi kita yang bertudung serta bagi mereka yang berbadan agak besar seperti saya, seluar jeans memang tidak pernah beli di tempat lain hanya disini sahaja kerana size serta potongan yang cantik & menarik “JESSABELLAPLUZSIZESTEALZ.BLOGSPOT” yang ini kedai “online” yang selalu aku jenguk bila bajet xda tapi nafsu serakah nak “menyoping” tu membuak2 dalam jiwa aku ni. Nama pun “pluzsizes” kan tentu nya terdapat size yang sesuai bagi mereka bersaiz “plus” ni. Aku ada tips membeli baju di sini jika kamu semua tidak pasti dengan saiz yang di nyatakan..ukur awal2 size dada, pinggang serta pinggul, ini bagi memudahkan kita mengangarkan saiz baju yang ingin dibeli kerana setiap pakaian yang di paparkan terdapat saiz ukuran bahagian2 tersebut. Jadi xda la rasa tertipu jika sekali dapat xmuat...(jangan nak salahkan “tauke” pulak....huhuhu)

  1. Mengenakan hijab/tudung/selendang yang menarik berserta “accessories”....huhuhu...yang ini memang sangat ramai xberani nak mencuba bagi mereka yang bertudung. Yelah kadang2 ia boleh menampakkan kite ni “over” & “poyo” tapi ia lebih kepada menampak keyakinan diri daripada sikap2 tersebut (kadang2 memang ter”poyo” cikit..) sekarang ini sangat banyak fesyen2 tudung & cara bertudung yang sangat2 cantik, menarik...tapi kena rajin tengok dekat majalah ataupun internet. Sesetengah kedai online tudung & shawls juga memberi info serta panduan dalam mengena fesyen bertudung yang terbaru. Jadi kena la berani mencuba...SELAMAT MENCUBA .....


  1. PALING UTAMA SEKALI, MACAM MANA PUN RUPA BENTUK BADAN, RUPA ATAUPUN DIRI KITA anggaplah anugerah Yang Maha Esa paling berharga. Setiap orang ada kelemahan & kelebihan yang tersendiri. SAYANGI LAH & CINTAILAH DIRI SENDIRI.....huhu..ala penceramah bebas gitu

 p/s : “hamboi” bukan main lagi menulis blog panjang lebar, bila suruh jawab soalan “exam” satu muka surat susah nak penuh ...kalau penuh confirm hasil nukilan orang lain aku ambil...huhu...sshhhh....

Wednesday, December 1, 2010

SUSAH INGIN MENJADI CANTIK

Ini kira macam "entry" pertama aku lar. Dah lama gila nak cuba “berblogging” tapi bukan kerana aku ni seorang yang sibuk gila tapi sebenarnya lebih kepada sifat pemalas aku yang suka "melangok" depan tv daripada melayari internet…huhuhu. Tapi ye lah kan manusia boleh berubah, jadi aku rasa sudah tiba masa nya untuk melakukan perubahan tersebut (memang xboleh blah lar ayat aku nih...hahahaah)
p/s melangok = menonton tv sambil berbaring

sebelum apa2 terjadi, baik korang semua bersedia dari segi mental, rohani, fizikal & sebagainya. Kali ini entry sangat panjang (almklum baru pertama kali jadi “meroyan” sikit nak menulis) sebab mungkin entry yang pertama ni akan menjadi ala2 buku teks sejarah tingakatan 3....huhuhu

amaran : SILA SEDIAKAN PLASTIK ATAUPON BESEN YANG BESAR JIKA DENGAN MEMBACA ENTRY INI ANDA SEMUA AKAN MUNTAH DENGAN SENGAJA (nasib bukan bulan puasa..hikhik)

kadang2 jadi manusia ni susah juga, bila cantik sering dikatakan tidak bersyukur sebab menunjuk2 kecantikan dengan memakai pakaian yang seksi atau mahal berjenama tidak kurang juga dengan mengena mekap yang tebal (yang akhir sekali boleh ditujukan pada saya sebab bekas jerawat yg sangat banyak menyebabkan aku terpaksa "make up" tebal dari artis ...huahuahua). Sedangkan bagi pendapat hamba pacal yang hina (apa pasal aku tiba2 jadi macam ala2 zaman kesultanan melaka ni...hikhik) mungkin mereka yang tergolong dalam golongan yang ini mengangap kecantikan haruslah di tonjolkan bagi melahirkan rasa keyakinan dalam diri masing2. ataupun apabila berkeadaan seperti itu (Bahasa Melayu aku masa Sijil Pelajaran Malaysia berjaya mendapat A1...sila jangan bersangka buruk terhadap aku seorang yang berlagak pandai sebab article ini agak poyo bahasa Melayu nya ...menangis cikgu aku kalau baca blog ni & mesti menyesal bagi A1 kat aku dulu...huhuhu...bersama2 kita martabatkan Bahasa Melayu di tahap dunia...realiti nya aku ni memang seorang yang susah hendak menguasai bahasa lain..."poor me"...opppsss..kasihan aku) sambung balik baca selepas lima perkataan selepas noktah....bagi berkongsi kecantikan mereka melalui apa yang mereka pakai, apa mereka guna & sebagainya.

walaupun aku bukan tergolong dari golongan di atas, tapi aku sering menghadapi masalah ini mungkin kerana AKU SEORANG YANG GEMUK & KURANG CANTIK (tidak mahu mengaku yang aku ni sebenarnya memang tidak cantik bukan apa aku tidak mahu dikatakan tidak bersyukur pada Yang Esa pula jadi rasanya perkataan KURANG itu lebih baik  ...mode ustazah on...). berbalik pada masalah yang sering aku hadapi, segala apa yang aku pakai & gunakan akan menjadi samada pujian tidak kurang pula kutukan (lagi banyak kutukan lar dari pujian "of course"...). salah kah seorang yang gedempol macam aku ingin berfesyen seperti orang kurus (dalam kamus ada tak ayat gedempol???hamtam saja lah labu). aku juga ingin tampil cantik bila berpakaian walaupun pakaian aku miliki agak terhad dek kerana kegemukan ini...hahhahaha( tiba2 rasa nak gelak janda...)

cantik salah tak cantik pun salah jugak sebab meluat orang tengok muka aku yang macam orang gaji jaga 10orang anak tuan nya...huhuhu..tapi setiap kali aku bermekap tebal & berpakaian ala2 budak 18tahun selalu di pandang serong oleh masyarakat ...p/s tapi rasa nya tidak lar seteruk tuh kot...ayat di “pandang serong” terlalu ekstrem kot...tp realiti nya ramai sangat yang menegur aku bermekap...kenapa yer???salah kah???oleh kerana amatlah susah ingin menutup mulut manusia ni, jadi nya aku lebih suka buat bodoh jerk aka wat muka toye...habis cerita...:D

pernah salah seorang dari kawan lelaki berkata, “AKU LEBIH SUKA TENGOK POMPUAN YANG NATURAL JERK MUKA, XPAYAH MAKE UP TEBAL DH NAMPAK KE AYUAN NYA, KALAU MAKEUP TEBAL XDA LAR LAWA MANE PUN” ....p/s hampeh betul nak perli aku depan2 ...kuang asam geduak...aku pun dengan selamba badak nya bertanya...”YE KER...ABES SITI NURHALIZA & ERRA FAZIRA TUH KO XSUKA TGK KER????? DLM TIBI TNTU2 NYER ARTIS TUH BERMEKAP…JADAH NYER NATURAL…NAK TGK LEBAM MATA KER…HAHAHAHA” terus terdiam sebab MEMANG LELAKI SUKA TENGOK WANITA CANTIK .....